Tuesday

Ditimpa bala akibat 15 jenis maksiat


DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:"Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepadamereka yaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Artis disanjung-sanjung.

14. Musik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)."Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempabumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain." Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -