Tuesday

MLM Sepanjang Zaman


Dalam sebulan usahakan 3 orang baru untuk solat berjemaah. Setelah mereka sedia solat berjemaah, usahakan mereka membina 'downline'mereka dengan merekrut 3 orang baru yang lain untuk solat berjemaah dalam bulan berikutnya. Sementara anda cari lagi 3 orang baru untuksolat berjemaah.Maka keuntungan anda dalam 3 bulan;Bulan 1; 1(anda) + (1 x 3) = 4Bulan 2; 3(downline baru anda) + (3 x 3) = 12Bulan 3; 3(downline baru anda) + (3 x 3) + (12 x 3) = 48Keuntungan dalam 3 bulan pertama = 64 orang solat berjemaah x 5 waktu solat.Bayangkan amalan ni jika berterusan hingga hari kiamat! Mafhum firman Allah dalam Surah As-Saf ayat:10-11 :Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidakterperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Sertakamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta bendadan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).