Tuesday

Nabi berhenti, dengar bacaan al-fatihah


AL-FATIHAH adalah surah pertama yang diturunkan dengan lengkap tujuh ayat sekaligus kepada Rasulullah. Ia dinamakan 'Ummul Quran" yang bermaksud induk al-Quran atau "Ummul Kitab" yang bermaksud induk kitab. Ini karena ia adalah induk atau ibu bagi semua isi al-Quran serta menjadi inti sari daripada kandungan al-Quran. Oleh itu, surah ini wajib dibaca dalam solat. Al-Fatihah bermakna pembukaan, sesuai dengan kedudukannya sebagai surah pertama dalam al-Quran. Al-Fatihah termasuk dalam golongan ayat Makkiyyah karena diturunkan di Makkah. Surah al-Fatihah dimulakan dengankalimah'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda Rasulullah, maksudnya:"Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan Bismillah akan mendatangkan berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat Yang Maha Suci,yangberhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak memerlukan makhluknya tetapi makhluk yang berhajat kepada-Nya." 

Dalam ayat pertama juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha Pemurah.Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang memberi  Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang melimpahkan karunia kepada setiap makhluk-Nya. Kalimah Ar Rahim pula bermaksud Maha Penyayang atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmat(kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat kepada makhluk-Nya. Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar Rahman dan Ar Rahimadalah daripada kalimah yang sama artinya yaitu 'rahmah' yang bermakna kasih sayang atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa Ar Rahman maknanya Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau kafir. Lalu dikurniakan kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, sekiranya mereka berusaha. ArRahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih Allah kepada mereka mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang bukan saja di dunia malah berpanjangan di akhir.

Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat. Surah al-Fatihah mempunyai banyak kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-* "Surah Al-Fatihah adalah ubat daripada segala penyakit dan penawardaripada racun."* "Apabila selesai imam membaca surah al-Fatihah, hendaklah kamumengucapkan"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."* "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, niscaya dia memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."* "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, niscaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta mendapat banyak kebajikan di rumahnya."Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan dikota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surahAl-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya:"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."